Sepupu saya kawin 18hb Dis haritu. So, entry kali ni saya nak kongsi macam mana nak buat hantaran last minit..hehe..Bahan-bahannya adalah:
- Jeli Sumi (RM1.50 x 2) = RM3.00
- Tape bunga =RM1.00
- Kain Satin =RM4.00
- Bunga =RM2.80
- Raga =RM8.90
- Bunga Kecil (RM1.50x2) = RM3.00
- Riben Tepi (Lace) =RM3.50
- Wrapper Kuning =RM1.00
Mula-mula, ikat sumi di dalam 'glass paper' dan ikat dengan benang. Ikat banyak-banyak.
Lepas tu, gunakan tape bunga seperti di dalam gambar dan tapekan hujung-hujung lebihan ikatan 'glass paper' sehingga menyerupai seperti anggur (konon-kononnya laaa kan).
Kemudian, setelah siap 1 bunch 'anggur' sumi, letakkan dalam bakul untuk memastikan saiznya adalah sesuai. Setelah siap 'anggur' jeli tersebut, gamkan kain satin (warna ikut tema) keliling bakul. Kain diukur supaya panjangnya adalah 1.5kali panjang dan lebar bakul. Kemudian, gamkan di tepi bakul di sebelah dalam.
Selepas itu, gamkan pula renda di tepi bakul di sebelah luar dan bunga hiasan di sebelah kanan dan kiri bakul.
Setelah siap bakul dihiaskan, letakkan sumi (midali) yang telah diikat dalam bentuk anggur tadi ke dalam bakul.
Untuk menampakkan hantaran lebih menarik, gubah bunga dan ikatkan reben di batang bunga tersebut. kemudian letakkan di dalam bakul. Hantaran anda telah siap!p/s: ini adalah kali pertama saya buat hantaran sorang-sorang. kira ok la kot, untuk last minit pnya contribution. takpa, ni adalah 1st attempt. saya yakin, hantaran-hantaran selepas ini akan lebih menarik. Last minit decide untuk wat hantaran, susah jugak idea nk kuar..huhu..
3 comments:
simple tapi ok jugak lah..=)
tahniah... rajun juga membuat gubahan utk hantaran..
cik zaza: bole la..utk kategori last minit..hehe
kakyong: =)
Post a Comment