Monday, January 3, 2011

Encik yang Sumbing

flickr.com
Tadi masa tunggu mak saya beli makanan kat restoran pusat urus zakat, nampak ada sorang lelaki ni jalan dengan anak dia. Apa yang membuatkan saya tertarik tengok lelaki dengan anak dia tu? adakah sebab saya gatal? oh..sama sekali tidak..hehe..lelaki tu sumbing. Mula-mula saya nampak cari jauh, kenapa nampak gigi lelaki tu macam teruk je. bila dia jalan dekat baru nampak, dan sumbing dia memang agak teruk. 

Lalu saya pun terfikir " mulianya hati isteri dia, memang sah-sah kahwin bukan sebab rupa". Bila diorang jalan lagi dekat, rasanya (kalau tak silap saya la), mulut anak dia pun ada bekas sumbing jugak tp dah dijahit. Suka saya tengok lelaki tu jalan sambil pimpin tangan anak dia yang umur lebih kurang 8-9 tahun tu. Diorang jalan sampai motosikal. Masa kat motorsikal tu saya nampak anak dia gelak, si ayah pun gelak jugak. Tak tau la kenapa,tp memang rasa seronok tengok anak & ayah tu, mesra sangat. 

Lelaki tu pas helmet kat anak dia pastu dia pakai helmet dia. Pastu, dia tolong pakaikan pulak untuk anak dia. (Banyak kali saya tengok, bapa-bapa yang bawa anak naik motor biar je anak tak pakai helmet, yang si bapa tu pakai pulak). Helmet anak dia pun memang helmet kanak-kanak, bukan helmet org dewasa, so, memang prihatin betul si ayah ni. Lepas pastikan helmet anak dia dah ok, dia amik baju hujan kaler hitam lak. 

Terharu lagi, time tu hujan renyai2. Dia pakaikan baju hujan tu untuk anak dia. Satu-satu jari anak dia perisi untuk bagi lengan baju hujan tu masuk betul2 kat tangan anak dia. Pastu dia angkat anak dia letak atas motorsikal, dia double check lagi baju hujan tu bagi masuk dan tutup badan anak dia betul2, lebih2 tepi tu dia selit-selit supaya tak terbang-terbang nanti bila dah gerak. Insaf kejap tengok kejadian tu, kasih bapa pada anak dia. 

Kasih sayang ni tak kenal rupa. Kasih sayang ibu bapa ni tak ternilai sangat. Perkara yang kita rasa biasa, take it for granted, sebenarnya besar nilainya. Benda yang berlaku tepi jalan pun boleh menginsafkan kita.

5 comments:

Fiza Amran said...

thanks for visiting my blog .
apa pun mmg insaf baca cerita kasih sayang bapak dan anak.. kerana dia menghargai setiap moment yang di beri

firdaus@abamat said...

hihi family 1st. semakin hari smakin sayang :D

Unknown said...

salam kenal ya

sazali yusof said...

inilah dia erti kasih sayang sesama manusia.. walaupun kita dilahirkan sempurna.. kita kena juga fikirkan hari org yang kurang nasib dgn kita..
bagus entri ni.. ^_^


http://neizalyez.blogspot.com/2011/01/3-sebab-mengapa-perlu-daftar-mengundi.html

aye-na said...

Fiza Amran: ur welcome..

firdaus: iklan ka? hehehe

alinac lover: salam perkenalan..=)

sazali yusof: thank u..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...