Sebenarnya banyak jugak persoalan tentang isu ni dalam kalangan masyarakat kita. First of all, saya ni bukanla expert dalam hal-hal halal haram ni, saya masih lagi mengkaji tentang ilmu agama, dan ilmu yang saya ada ni terlalu sangat la sedikit. Maafkan saya, kalau apa yang saya akan cakap ni tak berapa tepat. Saya cakap berdasarkan talk yang saya hadir di USM April lepas yang diberi oleh pegawai dari SIDC (Securities Industry Development Corporation).
Menurut penceramah, dalam islam, urusan kewangan yang basic ni ada 2:
1) Simpanan – dimana orang yang diamanahkan untuk menyimpan duit itu hanya boleh menyimpan duit tersebut dan tak boleh pandai-pandai tambah ke tolak. Maknanya, bila empunya duit tu nak duit dia, mesti bagi sebanyak mana masa dia bagi dulu. Kalau bagi simpan RM100, masa dia mintak balik pun RM100.
Kenapa? Sebab, “money can’t breed money”…duit tak boleh memberanakkan duit. Bila duit yang diterima lebih daripada kita bagi bila simpan, itu adalah RIBA. Dan riba adalah HARAM. Riba adalah antara 13 dosa-dosa besar yang dinyatakan dalam Al-Quran.
2) Pelaburan – dimana pelabur melabur dengan penuh kesedaran bahawa duit dia ada kemungkinan untuk kurang ataupun tambah. Dia sedar dengan risiko tersebut dan akan enjoy sama-sama bila untung, dan rugi sama-sama bila rugi.
Maka dengan ini, timbullah persoalan sebab..pencarum yang melabur dalam ASB tak akan mendapati duit beliau kurang walau macam mana pun keadaan ekonomi. Bila berlaku kerugian, maknanya pihak PNB akan menanggung kerugian tersebut. Wang pencarum dijamin oleh PNB ke??
Kewangan Islam mementingkan keadilan dalam sebarang transaksi. Maka dalam hal-hal bisnes dan pelaburan pun tak terkecuali, dimana pemegang saham dan pihak syarikat akan sama-sama menanggung untung rugi. Untung rugi adalah cara yang ditetapkan Islam.
Dalam hal ASB pula, ada tak jaminan xkan ada kerugian? Rasanya xde kot..nnti kena cek balik buku ASB... Walaupun selama ni tak pernah rugi (KOT) sebab sentiasa ada dividen..main2 kwsn 6%-9% camtu la slalunya…
So, berlakulah kemusykilan..What to do??
Itulah yang dapat saya terangkan tentang perbincangan dengan penceramah. Beliau pun lepas terangkan perkara ni, angkat bahu..huhu..masing-masing punya pertimbanganlah. Lebih memeningkan lagi, ada mufti meletakkan melabur dalam ASB sebagai HARUS. Maaf, kerana saya tak kaji tentang apa sebab mufti tersebut meletakkan hukum sebagai HARUS. Kalau ada siapa-siapa yang boleh terangkan dengan lebih lanjut atau berkongsi tentang apa yang dia faham, silakan…
No comments:
Post a Comment