Monday, December 13, 2010

Pakcik Merc suruh sedekah

Pada 6/6/2010 aku telah menghadiri kelas di AIA dan kelas tersebut berakhir kira-kira jam 6.30ptg. Mulanya aku berniat untuk terus pulang ke rumah untuk menunaikan solat asar, namun dalam perjalanan, aku fikir tidak sempat. Aku pun singgah di masjid USM untuk menunaikan solat kira-kira jam 6.50ptg. Setelah azan maghrib, aku terus menunaikan solat maghrib dan ingin terus pulang ke rumah kerana aku berasa sangat letih dan lapar. Apa ja yang aku makan haritu, makanan terakhir yang aku jamah pun dalam jam 12 tengahari tadi, itu pun sikit ja. Namun begitu, setelah aku keluar dari masjid, ku fikir mungkin juga aku boleh tunggu sehingga jemaah selesai sembahyang dan mendapatkan beberapa client untuk kerjaku sebagai seorang ajen insuran.

Aku ronda di kawasan tempat letak kereta dan mengecam kereta-kereta yang mempunyai cukai jalan yang hampir tamat. Terdapat 4 buah kereta. Aku pun tunggu di tembok di masjid untuk berjumpa dengan tuan kereta-kereta tersebut untuk menawarkan servis memperbaharui insuran kereta. Setelah selesai jemaah menunaikan solat dan mula keluar dari masjid, aku pun terus berjumpa dengan tuan kereta. Setelah tiga tuan kereta ku jumpa, tinggal lagi sebuah kereta untuk jumpa sebelum aku boleh pulang dan makan. Perutku berkeroncong bukan main lagi, tapi aku fikir baik aku tunggu sikit lagi kerana kereta terakhir ini adalah sebuah kereta Mercedes model baru.

Jam sudah menunjukkan jam 8.30, aku fikir mungkin tuan kereta ini masih di dalam masjid mendengar ceramah dan akan bersembahyang isya pula. Kalau nak diikutkan letihku, ingin saja aku hidupkan enjin kereta dan balik. Tapi entah kenapa, aku tunggu juga. Mungkin sebab kereta tersebut adalah sebuah Mercedes, atau mungkin juga Allah kuatkan hatiku untuk terus tunggu, ada sesuatu yang lebih berharga daripada renew insuran kereta untukku nanti. Setelah jemaah selesai solat isya, semakin banyak kereta meninggalkan perkarangan masjid. Aku tunggu juga walaupun kini Cuma tinggal beberapa kereta di situ.

Jam 9.20 malam aku lihat seorang lelaki berbadan gempal dan berpakaian serba putih dan berketayap putih menghampiri kereta Mercedes tersebut. Ku fikir mungkinkah ini tuan kereta? Macam susah nak percaya bila aku mengadili cara pakcik tersebut berpakaian dan berjalan. Aku perhatikan pakcik tersebut hingga beliau sampai ke kereta, memang sah pakcik ni tuan kereta ni. Aku pun terus berjumpa dengan pakcik tersebut.

Aku: em, pakcik, boleh dak saya nak renew insuran kereta pakcik? Hehe (aku tersengih dan terkulat-kulat)

Pakcik: laaa…saya baru ja renew kat kawan saya petang tadi. DIa bagi saya 5% diskaun.

Aku: oo..camtu ka..takpa la klu camtu. Tapi boleh saya tinggal kad nama saya kat pakcik? Kalau-kalau ada apa-apa saya boleh tolong pakcik nnti. Manala tau kan?

Pakcik: boleh, boleh. (pakcik tu pun belek kad nama saya)
Cek ni nama apa? Oo..Aina..tu la saya dah renew tadi. Saya memang dok renew kat kawan saya ni. Aina ni dah lama ka buat insuran ni? Dapat berapa sebulan buat keja ni?

Aku: Nak kata lama tu tak la jugak. Tak banyak sangat pun dapat, boleh la, nak cover balik insuran saya. Saya buat sekali sekala ja sebab saya pun sambil stadi ja, nak cari duit lebih sikit dah study ni xdak duit belanja. Part time ja.

Pakcik: uish, ada insuran sniri ka? Bayaq berapa sebulan?

Aku: erm, dalam seratus mcm tu.

Pakcik: Kalau sebulan seratus, setahun RM1200, kalau 6 tahun dah boleh buat umrah btl tak? Bubuh duit dalam insuran ni tiap-tiap bulan, sebenaqnya Aina ni amik insuran untuk apa cuba cerita sat kat pakcik.

Aku: Btl (sambil tersengih lg, aku pn dah mula pelik pakcik ni nak peril aku ka apa?lapaq, letih, kena ceramah lg) saya amik insuran ni bukan untuk saya pun, untuk parents saya sebenaqnya. Ya la kan, saya ni bukan tau bila saya nak mati. Hidup saya lani pun ada hutang sana sini, hutang pelajaran, dahtu mak bapak saya bela saya sampai besaq ni dah bleh keja, takkan saya mati tinggai hutang kat depa kan? Sekurang-kurangnya adala tinggai sikit untuk depa.

Pakcik: macam tu ka. Macam ni la Aina, saya ni bukan apa, saya sebenaqnya suka pesan kat orang supaya bersedekah. (mula pada tu pakcik ni ceriiiiiitaaa, aku pon dengaq sajala)
Pakcik selalu pesan kat anak-anak pakcik suruh bersedekah. Hari-hari bersedekah. Tengok dalam dompet ada RM10, sedekah, xpa. Tapi biaq la duit minyak dengan duit tol dah lepaih, satgi haru plak tengah jalan. Jadikan bersedekah tu satu amalan.
Saya ni terus terang saya cakap, 1 insuran pun saya tak penah ambik. Sebab saya percaya semua rezeki Allah yang bagi. Buat apa saya nak ada insuran? Segala yang ada, semua daripada Allah. Jadi jangan takot nak bersedekah, sebab duit yang ada dalam dompet kita pun sapa punya? Allah jugak. Jangan risau duit kita kurang, lagi banyak kita sedekah, lagi banyak Allah bagi. Saya ni dulu dok mai masjid ni naik Honda cup saja. Tapi saya jadikan sedekah tu satu amalan.
Ada duit saja sedekah. RM2 ka berapa ka xkisah. Janji sedekah. Hari-hari sedekah, xkisah la apapn yang kita bagi, yang penting ikhlas kerana Allah. Aina keja insuran ni baguih. Pakcik puji, memang baguih, buat bisnes. Nabi pun kata, 9/10 daripada rezeki adalah daripada berniaga. Baguih Aina. Tapi Aina buat ni bukan aina seniri punya kan? Apa kata aina buat bisnes yang aina boleh panggil aina punya. Mak pandai masak apa? Dodol? Mi kuah?

Aina: aaaaaaaaa…tak tau. Banyak la mak saya pandai masak.hehehe..

Pakcik: Takpala, katala dia pandai masak agar-agar. Aina cari la kedai yang ramai pelanggan, Aina bincang dengan tuan kedai nak letak 10 agar-agar boleh dak. Cuba cari kedai lain dalam 10 jugak. Sehari tak 100? Kalau semua habis jual, katala 1 tu untung seringgit, kalau semua habih juai, tak rm100 sehari? Kalau sebulan? Tu baru agaq-agaq. Pakcik ni nak bagi contoh saja.

Aku: Pakcik ni ada bisnes ka? Pakcik buat bisnes apa?

Pakcik: adala bisnes kat kawasan simpang ampat tu, kawasan kilang-kilang (huii, bajet la, patot bawak merc..pakcik ni bisnes besaq rupanya, fuyo!)

Aku: ish, saya ni dok panggil pakcik ni ntah2 dato’ ka tan sri ka suka-suka saya ja panggil pakcik?

Pakcik: xpa xpa, pakcik tak dak gelaran apa pon. Sambung balik cerita, kalau aina boleh bina bisnes sendiri lagi baguih. Pakcik sokong. Rezeki kita ni, yang penting kita usaha, mintak doa, Allah bagi aih! Jadikan 5 perkara amalan:

1) Solat pada waktu, masuk ja waktu, trus smayang. Sembahyang kena jaga, mesti jaga. Kalau boleh, jemaah paling baguih.
2) Rajin bangun untuk solat tahajjud dan solat hajat sepertiga malam
3) Rajin puasa
4) Rajin bersedekah
5) Bila mampu trus p makkah, buat umrah @ haji trus. Mintak doa byk2 di sana.

Semua ni lepas kita dah tunaikan perkara wajib yang kita kena buat la kan?. Pakcik nasihatkan kat aina, kalau buat apa pon berserah kat Allah, buat kerana DIa, sebab dia saja yang bagi semua. Kita ni manusia tak boleh nak harapkan kat manusia lain. COntohlah, katala ada orang kata kat aina “ Saya nk jaga Aina sampai bila-bila”. Boleh ka nak pecaya dengan apa yang dia janji? DIa sniri pon Allah yang jaga, macamana dia boleh janji nak jaga Aina? Pakcik pesan, kalau nak cari pasangan ka nanti, nak apa pun la, pilihla orang yang berserah dan cinta kat Allah. Tu pesan pakcik.
Dunia ni Allah yang buat, Allah yang urus, semua dalam dunia ni Allah yang atoq. Kita semua sembah, berdoa saja berusaha kerana Dia. Aina nak apa, mintak saja kat Allah. Buat yang saya pesan 5 tadi, bersedekah, mintak doa kat dia sesungguh hati, DIa bagi aih. Allah ni suka kita mintak kat dia. Tapi kadang-kadang dia nak la uji kita, apa yang kita ada, senang-senang saja Dia boleh ambik balik. Jangan risau, kita jangan putus asa. Kita kena uji, kita ingat kat dia, DIa bagi balik insyallah, lg banyak daripada sebelum ni. Jangan takot takdak duit, jangan takot susah, yang penting ingat kat Allah.
Saya kenai sorg ni keja kat USM, dulu dia memang kaya, lebih kurang 5juta lebih nilai harta dia, tiba-tiba semua lesap. Tapi saya kagum dengan dia, dia tak putuih asa. Dia sembahyang, dia doa, dia berserah kat Allah. Lani dia dah dapat balik, lg byk drpd dulu. Aina jangan risau, mintak kat Allah. Dia mesti bagi punya. Haritu saya pi Oman (rasanya la, klu xsilap aku la dia sebut Negara ni), saya jumpa dengan sorg saudagar ni. Dia beli tanah 600 ekar dkt (tpt t upon aku xigt jgk). Bayngkan Aina, 600ekar tanah dia beli kat tempat tu, bukan murah. Saya pun pi Tanya dia macamana dia mampu beli semua tu. Saudagar tu tak cakap banyak, dia bagi ni kat saya suruh saya amal. (pakcik tu bagi 1 keping kertas fotostet yang ada tulisan jawi (nnti aku upload), senarai 12 surah-surah bahagian last al-quran. Aina balik, aina buat semayang hajat 12 rakaat baca surah-surah dalam ni. Semayang. Menangih, mintak kat Allah apa yang aina nak. Mintak sesungguh hati, lepaih tu baca ayat ni 460 kali.

Aku: tudia aih???460 kali?

Pakcik: HA, NAK KAYA KA DAK?

Aku: ha, nak nak..hehehe

Pakcik: baguih, aina balik nanti buat. Lagi baik buat waktu sepertiga malam. Menangih mintak kat dia, jangan lupa usaha sama. Ni dok teriak ja usaha takdak pon xleh jgk. Ni pakcik bagi aina amalkan, insyallah, mintak apa DIa bagi aih! Lani aina bawak proton, taun depan, bila aina dah Berjaya, kita jumpak lagi, hari yang sama 8/6 waktu yang sama tempat yang sama, mai jumpa pakcik. Masa tu aina nak bawak apa pon boleh. Mana la tau lani bawak proton saga, tahun depan nak bawak apa pon boleh, BMW? Mercedes? Audi? Mintak kat Allah.

Aku: Pakcik, ni kalau saya kongsi dengan kawan-kawan takpa ka?

Pakcik: takpa aih, bagi la sapa pon. Bukan saya punya, Allah punya semua ni.

Aku: ha, okeh..tima kasih na pakcik

Pakcik: sama-sama. Ingat, bersedekah. Jangan lokek. Apapon, berserah kat Allah. DIa Maha Kuasa, DIa Maha memberi, DIa Maha Besar. Takpa la aina, lani pon dah pukoi brapa. Kalau ada apa-apa kontek pakcik.

Aku: Ok. Pakcik, tima kasih na.

Pakcik: Ya, sama-sama. Assalamualaikum.

Aku: w’salam.

Lepastu pakcik tu pun trus hilang dengan kereta Mercedes dia tu. ELok la time tu pun dah 10lebih. Hilang terus rasa lapar. Ya Allah, murah sungguh rezeki aku malam tu, tak aku sangka nak jumpa pakcik tu. Dengar cerita first hand dari orang yang berpengalaman. Aku memang takkan lupa pesan pakcik tu. AKu memang nak kongsi lama dah dengan siapa-siapa yang sudi nak tau cerita ni. Semoga sharing kali ni mendapat keberkatan dan semoga kawan-kawan mendapat kebaikan daripada cerita ni. Amin..

3 comments:

firdaus@abamat said...

huhu...sila tulis surah2 tu. huhuhu xnmpk. sob2. atau pebeso ketas tu XD XD

aye-na said...

fotostet pnya byk..tp blom distribute..klu nk nnti aku pas kt hg..okey? sapa lg mau copy sila roger2..=)

Rekoo design said...

salam, nak jugak copy ayat tu email rekoo.design@gmail.com..
tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...