Thursday, January 6, 2011

Nak Sambung Study, Tapi Tak Tau Nak Wat Mode Apa..

academic.cuesta.edu
Selalu kawan-kawan datang tanya kat saya.."aku ni nak sambung study, tapi tak tau nak amik mode apa"..so skarang meh saya share sikit sebanyak pasal postgrad study ni:

Sebenarnya postgrad study..specifically Masters (di USM) ni ada 3 jenis.
  1. Coursework- amik master jenis ni, lebih kurang macam degree la jugak. Jenis yang ada kelas dan kena attend kelas dan amik exam je. Pas semua paper, dah boleh grad.
  2. Mixed-Mode- kursus jenis ni, ada kelas macam biasa, ada exam macam biasa. Bezanya, di akhir semester, pelajar kena siapkan satu dissertation (research) pada semester terakhir. Kalau degree, dipanggil Final Year Project (FYP) atau Projek Tahun Akhir (PTA). Research macam biasa, rujuk journal, article etc, cuma mungkin sesi pemarkahan tak la se'strict' pelajar full research. Ada  VIVA juga, dimana pelajar perlu membentangkan tentang kajian mereka di hadapan examiner. Internal examiner sahaja atau termasuk examiner luar, saya tak pasti pulak yang ni.
  3. Research- master by full research ni tak ada kelas, tak ada exam. semata-mata korang dan supervisor korang. Sesetengah school ada colloquium dua kali setahun, jadi colloquium ni bergantung dengan sekolah masing-masing. ada sekolah yang takde. Better find out sebelum enrol. Colloquium tu apa? Ha, colloquium ni macam bengkel la jugak. ada ceramah-ceramah dan paper presentation, macam masuk kuliah.cuma biasanya dibuat dalam tempoh seminggu macam tu je. bukan sepanjang semester. Antara ceramah yang tersenarai contohnya quantitative dan qualitative talk, how to write literature review, supervisor supervisee relationship, how to prepare for VIVA, how to prepare your research framework dan macam-macam lagi tentang dunia research. 
Tak tahu nak pilih apa?

OK. Kalau korang nak sambung master semata-mata sebab nak ada master je better amik coursework. Tapi kena make sure kursus tu ditawarkan. Camana nak cek? sila lawat website ni : www.ips.usm.my semua maklumat ada disini. Termasuk bantuan-bantuan kewangan yang terdapat di Malaysia.

Kalau korang nak wat part time, bole juga amik coursework ataupun mixed mode. Tapi kena check supaya jadual korang tele dengan waktu kerja. Kakak saya amik masters full time sambil keja sebab kebetulan kelas-kelas dia semua waktu malam. Jadi, alhamdulillah, boleh habis cepat. Bergantung dengan kesesuaian waktu korang. Kepada yang dah ada family atau anak2, bole adjust dengan husband. Apapn, sila pastikan kursus yang korang berminat tu ada dalam senarai tawaran kursus. Kalau tidak?...baca lagi..

Boleh amik master by research. Namun, saya kurang mengalakkan anda memilih mode ini bagi mereka yang kurang berdisiplin. hehehe..Master by research, korang kena buat thesis dan kena buat jadual semua sendiri, atas kapasiti sendiri. Korang rajin dan berdisiplin, cepatlah siap, korang malas dan leka dan lalai (macam ehem ehem), maka lambat lah korang nak grad.

Kenapa pilih master by research? Kalau korang bercita-cita nak jadi research fellow, ataupun professor, amat digalakkan mengambil research mode.Kalau ada cita-cita nak buat Phd, juga digalakkan amik master by research untuk exposure. Tapi, kalau korang bukan disiplin punya type, amik la mixed mode je. Apapn, eventually, kalau nak wat Phd tetap kena face full research jugak kn? Itu saja sebab yang saya boleh fikir, kenapa buat master by research. Kalau setakat nak master je, selamatkan diri anda dan pegi buat coursework atau mixed mode. selamatkan masa anda.

Oh ya, tempoh untuk buat master adalah antara 1-3 tahun bagi full time. Bagi part time antara 2 hingga 5 tahun KOT. Bagi Phd pula, setakat yang saya tahu, kebanyakkan Phd adalah melalui full research. Namun, di zaman moden ni, anda juga boleh mendapat title Dr. dengan mengambil Phd mixed mode type yang dinamakan DBA (Doctor of Business Admin). Yang ni atas sikit daripada MBA (Master of Business Admin). Tapi dengar kata, sangat la susah. Yela, nak dapat title Dr. tu ingat senang-senang je ke? Klu senang, semua org dah bole dapat title tu.

MBA pula macamana? OK, MBA sangat disarankan kepada mereka yang berada didalam bidang executive line, business dan industry. Mereka yang bercita-cita menjadi CEO ke, Manager ke, memang bagus la MBA ni. Tapi, MBA punya syarat, mesti sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja. Fresh graduate boleh, tapi kena first class student SAHAJA.

Apa lagi yang saya terlupa nak mention? rasanya dah cukup kot maklumat setakat ni. Harap perkongsian ni mampu member manfaat kepada anda. Marilah kita sama-sama mencari ilmu, kerana mencari ilmu itu tiada titik tamat. Islam juga bermula dengan Iqra, yang bermaksud bacalah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu. Diharapkan dengan ilm di dada, kita mampu manfaatkan dan tingkatkan tahap pemikiran kita.

Sekian.

8 comments:

eMyLiA rAmLy said...

salam,tuan tanah..mau tumpang tnya ckit bleh (^_^)..kalau nak ambik coursework part time masa bila yg kita bleh check jadual tu clash or x? kena p pusat pengajian or bleh check secara on9?
lagi 1(sori bnyak tanya....)kita bleh check sebelum or selepas register?tq tuan tanah (^_^)

aye-na said...

salam emylia..sorry, sy br perasan komen awk ni. sy xjmpa blog awk, so sy reply kt sini jela k? sbenarnya jadual diorg xbg dlm borang atau application. jadual cuma bole tau lepas dah register. tp klu part time, biasanya kelas dibuat ujung minggu atau waktu lepas keja. kdg2 full time pn semua kelas diorg wat waktu lepas keja..depend dengan uni n school/fakulti.

eMyLiA rAmLy said...

Thanks dear!!!!!!tak pa, at least tuan tanah ni ada effort n alert dgn prtnyaan followers....alhmdulillah dh settle skang tggu result (^_^)...sori selama ni jadi silent reader ja coz blog tuan tanah banayk info best..thanks again dear (^_^)

aye-na said...

emylia..camne result? hehe..sorry, lama xupdate blog..

Unknown said...

Slm..sy nk tanya,misalnya ambik master coursework dlm bidang sains ke contohnya...lepas tu apa keje yg blh apply?kalau research blj apply keje as researcher or lec research kan...kalau coursework nnti blh keje apa ye?thanks..

eddexter said...

salam..anda takde fb ke...senang bole tanye drect sbb...sy dalam dilema nk smbung MBA in constrction management kt WOU or master in prjct mngement kt OUM...hmmmm...de pndapat?

Unknown said...

Salamm..kalo mcm sy nj fresh graduate degree..bole ke nk smbung MBA part timer pnya????

mamikembar said...

Sy dh 10tahun grad degree. Boleh lg x agak² kalau nak sambung study atau ambik 2nd degree?hehe. Tiba² rasa nak study.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...