Friday, December 31, 2010

Dah ready kah kamu?


godwouldbeanatheist.com
Kepada yang belum kahwin tapi berkira-kira nak kawin, cuba Tanya soalan-soalan ni.     

  1. Boleh ke bangun awal setiap pagi untuk siapkan breakfast?
  2. Dah pandai masak apa? Boleh ke consistent masak untuk family?
  3. Time bulan puasa, rasanya, cukup tabah tak nak bangun sahur tiap-tiap pagi lebih awal dari yang lain sebab nak panaskan atau masak untuk family? 
  4. Mampu ke cakap “TIDAK” bila kawan-kawan ajak pegi tgk wayang ke, jalan-jalan ke, shopping ke bila suami tak bagi (time-time tertentu)? 
  5. Mampu ke cancel perjumpaan dengan kawan lama bila dah plan awal-awal tp last minit tak bole datang sebab family husband tak sihat ke, anak sakit ke? Sedangkan plan tu dah buat 3 bln lagi awal. 
  6. Dah ready ke untuk tak balik kampung time raya macam di kampung halaman yang tiap-tiap tahun mesti balik. Study jauh-jauh pun sanggup balik, bila dah kahwin, ada masa kena balik beraya di kampung suami. 
  7. Dah sedia ke untuk tak cukup tido tiap-tiap malam bila ada baby? 
  8. Dah sedia ke terima keburukan suami? Kebaikan takyah cakap, suma org suka. Ni keburukan, contohnya, suami kencing selalu lupa nak flush ke, suami tido berdengkur ke, suami suka sepahkan stoken busuk rata2, suami makan memilih ke dan macam-macam lagi perkara atau habit yang kita tak pernah tau atau deal sebelum ni. 
  9. Sanggup ke makan tak cukup kalau suami ada masalah kewangan? Kalau isteri bekerja, sanggup ke guna duit seniri dan tolong suami sebanyak yang mungkin sementara dia stabil balik? Especially untuk anak org berada atau serba cukup, tak pernah susah, rasanya bila dalam situasi camni mampu ke telan nasik dengan ikan kering je?
  10. Macam-macam lagi kalau nak senarai...

Senarai ni sebenarnya saya buat berdasarkan reflection diri sendiri bila tengok mak dan kakak saya. Mak saya hari-hari bangun awal untuk masak untuk anak-anak dan suami. Dari kecik sampai besar. Waktu sekolah pun saya dan adik beradik selalu bawa bekal ke sekolah dan sebelum pegi sekolah mesti ada makanan atas meja. Mungkin bagi sesetengah wanita diorang tak faham kenapa perlu bangun awal untuk masak etc, tp bagi saya, seorang isteri patut buat macam tu. Nenek saya buat, mak saya buat, insyallah, saya juga nak buat.

Banyak lagi perkara yang kena semak jauhhh kedalam hati sebelum commit dengan komitmen sepanjang hayat ni.  Memang la Nampak best masa dalam gambar kahwin, tapi kahwin ni bukan satahun dua. Sepanjang hayat. Ada org kata, antara tahun ke 3 hingga tahun ke 7 adalah tahun yang mencabar untuk suami isteri. Waktu tu, masing-masing dah tunjuk sikap dan habit masing-masing. Bergantung dengan pasangan tersebut macmana nak deal dengan perkara ni.

Seriously, love saja tak cukup. 

Bagi saya, tak ada siapa yang perfect. Kita sniri yang akan tentukan pasangan kita perfect atau tidak. Sebab dia akan perfect di mata kita kalau kita mampu atasi cara kita deal dengan keburukan dia dan highlight pada kebaikan pasangan kita. Perkahwinan adalah complementary relationship yang patut dipupuk dan dibina sentiasa, saling melengkapi. Dimana dia kurang, kita tolong tambahkan, dimana kita kurang, dia tolong fulfill. Tak apa, waktu sebelum kahwin ni la masa untuk practice jadi isteri solehah. Baru saya Nampak sebenarnya, hikmah kahwin kerana Allah itu lebih kekal. Bukan kerana rupa, bukan kerana harta, tapi lilahitaala. Lebih ikhlas bila berkorban, dan rasa NAK berkorban akan timbul dan bukan rasa terpaksa bila ujian melanda. Insyallah, sama-sama kita ‘perfect’kan diri ya=) Jangan risau, jika niat betul, kemampuan itu akan datang sendiri. Time tu la kita akan lihat keberkatan perhubungan kita.

p/s: kalau nk tunggu sedia 100% tu mmg sampai bila pn xkn kawin kot. Tp sikit sebanyak mentally prepared utk expect benda-benda yang nampak remeh ni, tp impak besar jgk bila berulang-ulang, sebenarnya, penting juga.

3 comments:

awan mendung said...

HAPPY NEW YEAR
Indahkan blog icon korang dengan Favicon
http://akuinisimple.blogspot.com/2010/12/tweak-blog-anda-dengan-favicon.html

firdaus@abamat said...

kawin bkn menda senang. hehehe tu ja. kesimpulan terbaik.

pasal tu yg ust kazim gitau (sila rujuk FB sendiri. hahaha)... 1 hari dlm keadaan berkawin sama mcm berapa ribu hari beribadat tah?! xigt plak. kekeke. dh lupa dh. lebiy kurg la tu

aye-na said...

hehehe..sila rujuk FB sniri tu..haha. adeila..yes, bukan benda senang..commitment for life..sebab tu ganjaran pun byk=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...