Saturday, January 1, 2011

Tak Puas Lagi Jadi Anak Mak & Bapak


inspirationfalls.com

Masa umur dalam 23 tu, rasa teringin nak kahwin tu kuatlah sangat. Tambah lak kakak pun kawin time saya umur tu, lagi la rasa ‘aura’ kahwin tu. Bagi kawan-kawan yang dah kawin tu, bestnya la tgk gmbar kahwin diorg, gmbr dengan baby, dah ada family sniri. 

Skarang pn dah 25 dah lepas dah target tu, perasaan tu agak kurang dah sebenarnya. Kenapa?
Ada sorang teman ni pernah cakap, “tanggungjawab seorang perempuan akan berubah setelah bergelar isteri. Oleh itu, hargailah waktu-waktu yang ada sekarang sementara tanggungjawab kamu masih di bawah ibu bapa kamu”

Sejak conversation tu, perspektif ‘kahwin’ dalam pemikiran saya berubah. Teman saya cakap, masa ni la masa paling baik untuk ‘balas’ jasa mak bapak saya, sementara masih ‘anak mak & bapak’, gunakan sepenuhnya untuk balas jasa diorang. Sementara masih berkesempatan.

Bukan maksud dia bila dah kawin tu dah terputus hubungan dengan family. Hubungan tu mesti la tetap ada, bezanya, tanggungjawab kita dah berubah lepas kita dah sah dinikahkan. Maksudnya, tanggungjawab kita sepenuhnya kepada suami, dan kita kena utamakan suami. Family sendiri, hanya dengan izin suami.
Boleh jadi kita dapat suami soleh yang sangat menyanyangi kita dan ‘sporting’, tak pernah menghalang kita untuk berjumpa dengan keluarga kita. Namun, ketika bergelar isteri, tanggungjawab hakiki adalah menyediakan terbaik untuk suami. So, don’t take that freedom for granted.

Masa dah kawin, tiba-tiba muncul rasa rindu kat ibubapa, bermanja dengan diorang, kita perlu terlebih dahulu memikirkan keadaan suami dan anak-anak. Keadaan akan berubah. Mungkin kita terpaksa berjauhan dengan keluarga, nak lawat mak dengan bapak pun tak boleh kerap-kerap. Itu bagi suami yang mampu bertolak ansur. Belum lagi diambil kira suami yang kurang fleksibel. 

Membalas jasa ibu bapa tidak semestinya berupa wang ringgit. Sesetengah orang berpendapat dengan mengirim wang ringgit kepada ibu bapa setiap bulan, kita sedang membayar jasa-jasa ibu bapa kita. Bagi saya, tak. Jasa ibu bapa kita tidak akan langsung mampu kita bayar biarpun harta kita bergunung. Terlalu banyak benda yang tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Material bukanlah segalanya. 

Masa belum berkahwin lah masa yang paling sesuai untuk kita berikan terbaik untuk ibu bapa kita. Contohnya, menjaga rumah kita dengan mengemas rumah, menyapu sampah, membasuh dan melipat baju ahli keluarga kita, memasak untuk keluarga dan lain-lain. Saat tinggal bersama ibu bapalah saat untuk kita berikan seberapa banyak bantuan yang boleh diberi kepada mereka. Paling koman pun, jadi driver pon kira dah OK. Bukan apa, dah kahwin, takkan tiba-tiba cakap kat suami “abg, saya nak balik rumah mak la. Kesian pulak kat mak, takde sapa tolong drive dia pegi market”. Tak ke pelik?

Kalau kita fikir betul-betul, sebenarnya nikmat tau tolong mak bapak ni. Nikmat yang terasa apabila kita ikhlas melakukan dan sentiasa ingin melakukan sesuatu untuk ibu bapa kita tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Contohnya jika kita menanam sayuran di rumah, nikmat tau time ibu memasak hasil tanaman tersebut dan menghidangkan kepada adik-adik untuk makan sama-sama. Selain itu, menjahit pakaian untuk ibu dan adik beradik. Jika kita benar-benar melakukannya kerana keikhlasan, segala masalah dan kesukaran ketika menjahit baju-baju tersebut tidak menjadi penghalang kepada kita. Paling best sekali, time tengok diorang pakai baju-baju yang kita jahit khas untuk diorang. Best tau. Benda-benda macam ni la yang saya maksudkan dengan betul-betul menggunakan masa sebelum kahwin untuk berbakti kepada ibu bapa kita. Dah kawin mungkin boleh,tapi masa kita sudah tentunya terhad. Jadi, gunakanlah masa sekarang untuk berbakti kepada ibu bapa kita. 
 
Ha, last but not least. Korang toloong la family sebyk yg mungkin. Pertolongan tu adalah satu ‘investment’ terbaik. Xpecaya? Cuba dulu tengok. Seriously, klu result korang tak seberapa pun, rezeki korang murah.  Berkat tau pertolongan kita bagi tu. Apapun yang korang buat, dengan izin & keredaan mak ayah, insyallah mesti jadi. Dannn, sesetengah parents mungkin tak tunjuk la appreciation kea pa time korang tolong. Tapi sebenarnya diorang suka tu. So, make your parents happy=) Sementara berkesempatan, kita beri seikhlasnya and LIVE IN THE PRESENT.

2 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

suka entry ni.. betul tu.. kalau dah kawin seksok dah susah nk manja2 ngan parent.. skrg la masanya.. balas jasa dorg dulu..

aye-na said...

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...